Isnin, 4 Julai 2011

UCAPAN SEMANGAT KP KOTA RAJA... PERINGATAN BUAT BERSIH PATRIOT KOTA RAJA AKAN MEMBERSIHKAN BERSIH 2.0

BANTAHAN BERSIH DI BUKIT NAGA

Rabu, 29 Jun 2011

PAS TUNDUK KEPADA DAP, DENGAN MEMBUANG MATLAMAT MENUBUHKAN NEGARA ISLAM KERANA BACUL DAN TUNDUK KEPADA DAPig

Dengarlah wahai umat ISLAM PAS dan PKR. KARPAL SINGH terang-terang menentang ISLAM tetapi dek kerana menagih simpati undi Cina dan India PAS dan PKR sanggup menggadaikan agama.

Selasa, 28 Jun 2011

PAS MUNAFIK BERSEKONGKOL DENGAN AMBIGA

lihatlah tuntutan IFC yang didukungi oleh AMBIGA ni . APAKAH AHLI PAS SANGGUP MENGGADAIKAN PERJUANGAN AGAMA DEMI KERANA MAHUKAN UNDI KAUM CINA DAN INDIA.
1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam... tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.
3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.
4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.
6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.
7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
Inilah perjuangan Ambiga yang sedang mendapat sokongan daripada orang Islam PAS dan PKR di dalam Negara kita hari ini. Kalau inilah yang kita mahukan,marilah kita menyatakan sokongan tanpa berbelah bagi kepada Ambiga dan IFC.

Ahad, 26 Jun 2011

BERSIH AGENDA KUFFAR







SIAPA AMBIGA CELAKA NI?



KUALA LUMPUR 25 Jun — Rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu diminta meneliti siapa sebenarnya Datuk Ambiga Sreenevasan sebelum mengikut telunjuknya yang meminta rakyat mengadakan perhimpunan haram 9 Julai ini.
Penganalisis politik berpendapat orang Melayu harus melihat kembali sejarah tindak tanduk Ambiga yang pernah menimbulkan kemarahan umat Islam terutamanya orang Melayu di negara ini sebelum secara membuta tuli mengikut kehendak dan telunjuknya.
Bekas Presiden Majlis Peguam itu adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001. Majlis Peguam telah menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga telah mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.
Beliau turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Majlis Peguam yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut.
Justeru penganalisis politik berpendapat tindak tanduk Ambiga memperlihatkan diri beliau sebagai seorang yang tidak menghormati undang-undang dan perlembagaan dan dengan itu orang Melayu terutamanya harus memikirkan semula hasrat untuk menyertai perhimpunan haram 9 Julai yang diketuai oleh Ambiga.
Penganalisis politik bebas dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Datin Paduka Prof. Dr. Ramlah Adam berkata sebagai seorang peguam, Ambiga sudah tentu arif mengenai undang-undang dan perlembagaan negara.
“Ambiga tahu sekiranya penganjuran sesuatu perhimpunan tidak mendapat permit daripada pihak polis maka perhimpunan itu tidak boleh dilakukan. Kita tidak faham kenapa dia tetap juga mahu meneruskan perhimpunan haram itu walaupun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak,” katanya kepada Bernama.
Tegasnya, keperluan menganjurkan perhimpunan haram itu juga tidak jelas kerana jika penganjur ingin menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mereka boleh menggunakan saluran yang betul seperti membuat kenyataan di surat khabar dan media elektronik dan bukannya mengadakan demonstrasi haram.
Pemerhati politik dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Prof Datuk Dr. Zainal Kling pula menyifatkan golongan yang terlibat dalam penganjuran perhimpunan haram itu tidak layak dan tidak patut menjadi pemimpin termasuk Ambiga.
Katanya, mereka terlampau mengikut parti tertentu yang memperjuangkan ideologi politik masing-masing.
“Lebih baik buat tunjuk perasaan sebagai parti politik dan bukan NGO. Jadi orang akan faham maksud dan matlamat mereka (pemimpin politik) terutama orang awam tentang kacau bilau dalam parti seperti PKR yang tidak bersih, DAP yang selalu bermaharajalela atau autokratik dan PAS yang tidak mengikut atau sudah lari daripada perjuangan asal mereka,” katanya.
Zainal menyifatkan tujuan perhimpunan haram itu adalah semata-mata untuk melindungi “kekotoran” dalam parti pembangkang.
“Mereka sedang cuba melahirkan keadaan kacau bilau, huru hara dan anarki yang semua ini berniat memberi isyarat buruk di mata dunia dan meniru taktik yang sedang dilakukan oleh negara yang menghadapi huru-hara,” katanya. — BERNAMA

Rabu, 12 Januari 2011

ANWAR,AZIZAH,KARPAL DAN PAS DISAMAN UMMI RM700 JUTA


Ummi saman Anwar, Wan Azizah, Karpal, Pas RM700 juta


KUALA LUMPUR 11 Jan. – Ummi Hafilda Ali (gambar) akan memfailkan saman berjumlah RM700 juta terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; peguam Karpal Singh dan Pas, Khamis ini.
Menurut Ummi Hafilda, saman terhadap Anwar berjumlah RM300 juta dibuat atas dakwaan salah guna kuasa selaku Timbalan Perdana Menteri pada 1997 yang mengarahkan dia ditangkap dan didera bagi mendapatkan pengakuan palsu.
Beliau memberitahu, saman ke atas Karpal pula berjumlah RM200 juta kerana melanggar kepercayaannya selaku anak guam selepas beliau dan bekas pemandu Anwar, Azizan Abu Bakar bertemu Karpal pada tahun yang sama untuk mendedahkan perilaku buruk Anwar.
“Beliau (Karpal) gembira dengan pendedahan itu dan mendesak di Parlimen agar Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengambil tindakan. Tetapi apabila tindakan diambil, beliau pusing 360 darjah untuk membela Anwar pula sehingga saya menjadi mangsa keadaan.
“Saya ambil tindakan saman ini setelah hilang sabar dengan Anwar dan konco-konconya yang kian angkuh,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ummi Hafilda menambah, saman RM100 juta pula dibuatnya terhadap Dr. Wan Azizah kerana Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tahu apa yang berlaku tetapi tidak mahu mendedahkan kebenaran menyebabkan dia difitnah terlibat dengan konspirasi yang menjatuhkan imejnya.
Katanya, Pas pula disaman RM100 juta kerana mereka pernah menghantar Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu bertemunya juga pada 1997 untuk mendapatkan cerita sebenar.
“Apabila sudah tahu segalanya, beliau merupakan orang pertama menggelar Anwar sebagai peliwat di Parlimen. Alih-alih, setelah segalanya terbongkar, Pas dan Mohamad Sabu sokong Anwar pula,” tegasnya.
Ditanya mengapa baru sekarang tindakan saman itu dibuat, beliau memberitahu, selama ini masih terdapat pertimbangan dalam dirinya berhubung penglibatan darah daging sendiri, Azmin Ali dengan PKR.
“Emak saya juga menasihatkan supaya bersabar dan menyerahkan kepada Tuhan selain sentiasa mendoakan agar Azmin bertaubat.
“Tetapi setelah Azmin dan PKR kian melampau termasuk mahu menghapuskan ketuanan Melayu, saya rasa cukuplah. Apa hendak jadi, jadilah. Saya mengisytiharkan mereka sebagai musuh dan perlu ditentang habis-habisan,” katanya. Utusan Malaysia